Tuesday, June 11, 2013

MYPSA "bailout" ISMA di Casablanca

Bismillah..

Baru-baru ini aku pergi ke AGM MYPSA, tujuan aku hanya 1. Untuk menyemak dan menyelamatkan duit MYPSA yang datang dari ahli-ahli dan amanah dari kerajaan tidak disalahgunakan, tidak dibelajanjakan pada tempat yang salah. Aku dan isteri pertama aku membayar yuran, juga aku tolong berkempen kepada kawan-kawan aku untuk bayar. Alhamdulillah, ada yang bayar. Aku faham semua program memerlukan duit. Tapi duit MYPSA bukan untuk menanggung parti politik Melayu Islam.

Intro

Iftar perdana 2012 adalah program yang baik dan program yang berjaya. Baik kerana tiada maksiat, berjaya kerana berjaya memulihkan imej MYPSA kepada pelajar muda yang sebelum ini tercalar dek kerana ketua-ketua sebelum ini terlalu berlagak.

(Poster rasmi yang dikeluarkan, lihat ada tak logo mana-mana kelab lagi besar dari yang lain)

Meeting 1

Presiden MYPSA bercadang untuk mengadakan iftar perdana, beliau berhajat untuk berkolaborasi dengan dengan MASCA, UCSA dan KIA. Meminta aku untuk memanggil ketua-ketua kelab bagi mengadakan berbincangan dengan MYPSA. MYPSA biasa mengadakan iftar perdana di kalangan ahli-ahlinya setiap tahum, UCSA juga. KIA hanya kelab kecil yang boleh tolong topup duit saja. MASCA menolak pelawaan kerana pendirian MASCA ketika itu adalah mereka merupakan council bukan kelab.

Bagi aku ia suatu cadangan yang baik. Boleh menjimatkan perbelanjaan. Daripada MYPSA keluarkan $2000, lebih baik hanya $700 jika kongsi bertiga. Banyak program lain boleh dijalankan jika kita berjimat. Diskusi itu berlaku di rumah aku. Rumah aku sebagai "neutral ground". Aku memberi khidmat sebaik mungkin. Air dihulur dan yang paling penting "karipap lagend" menjadi juadah. Habis licin!

Presiden MYPSA membawa setiausahanya dan bendaharinya (tetapi kelihatan bendaharinya sangat sibuk ketika itu, beliau keluar dan masuk dalam perbincangan). Presiden UCSA membawa biro agamanya. Presiden KIA datang seorang diri. Apabila Presiden MYPSA menyuarakan hasrat beliau, semua bersetuju. Tiba-tiba, setiausaha MYPSA "bertukar wajah". Daripada wajah setiasausaha MYPSA menjadi wajah ayatolla ISMA menyatakan minat untuk berkolaborasi.

Aku memang dah tau perangai puak-puak ISMA sebelum ni suka mengambil kesempatan. Kes memakai "letter head" MASCA tanpa izin dan memakai logo MYPSA tanpa izin masih bermain di benak kepala aku ketika itu. Tapi aku diamkan membiarkan mereka sendiri yang memilih. Biasalah, orang Melayu susah nak kata tidak. Antara sebab lain aku rasakan takkan ada apa-apa masalah adalah kerana ISMA juga biasa mengadakan majlis iftar perdana secara bersendirian.

Lagipun ISMA sangat kaya, dipayungi oleh doktor-doktor yang tidak pulang ke Malaysia dan juga wang infak bulanan daripada pengikut-pengikut fanatiknya. Duit mereka hangus kerana kalah berjudi pada PRU13 pun tidak menjadi apa-apa masalah. Yang paling penting, aku percaya mereka semua calon Muslim berwibawa yang berARUS BARU. Mereka umat beragenda yang menyeru kepada "Melayu Sepakat Islam berdaulat". Mana mungkin mereka akan buat khianat.

"Orang beriman itu berpegang kepada syarat-syaratnya." (HR Abu Daud)

Bagi aku tak perlu tulis isi perbincangan pun tiada apa masalah. Kita tidak pernah nyatakan ia meeting yang formal seperti AGM. Ramai yang mendengar, persaksian itu lebih penting. Setelah pihak MYPSA, KIA dan UCSA bersetuju dengan kemasukan ISMA, dibincang tentang anggaran bajet. Anggaran bajet adalah $2000. Telah dipersetujui setiap kelab akan mengeluarkan $500. Ya, $500 bermaksud 25% daripada $2000. Bermakna ia perkongsia sama-rata yang adil.

Promosi yang dilakukan juga sama rata. Logo setiap kelab sama besar dan tiada satu pun yang tertinggal. Oh ya, UCSA sampai dimarahi oleh Umar Faruq, mantan ketua ISMA SA kerana terlupa meletakkan nama ISMA di dalam poster UMNO. Itu memang sikap ISMA yang hanya mahu kredit dan logo mereka diangkat. Sebab itu mereka pernah bergaduh dengan IKRAM hanya kerana berebut plak di Palestin.

(poster daripada pihak UMNO yang tidak meletakkan ISMA di dalamnya kerana ISMA pada mulanya tidak dijemput, tambahan pula poster ini bukan dibuat oleh UCSA. Poster ini juga menjadi bukti ISMA yang menyelinap masuk ke program ini)


(Lihat : Umar Faruq terus memerli, 2 likes yang dia dapat adalah daripada pengikut-pengikut parti ISMA)


(lantas presiden UCSA dengan "gentleman" memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan walaupun ia bukan datang daripada beliau)


(Betapa "osem"nya Kelab UMNO yang memberikan kepada ISMA hak mereka yang sepatutnya)



Bagaimana orang normal membahagikan kos?

Ketika berusia 8 tahun. Aku mahu membeli sebiji bola. Tapi disebabkan aku miskin. Aku mengajak 4 orang rakan-rakan sepermainan aku untuk berkongsi membeli sebiji bola getah dan kon. Harga bola getah tersebut RM10, manakala harga kon RM5. Bagaimana kami membahagikan kos? RM10 + RM5 = RM15. Disebabkan kami 5 orang, RM15/5 = RM3. Setiap orang daripada kami perlu membayar RM3.

Begitu juga dengan kes kolaborasi MYPSA, KIA, UCSA dan ISMA. Kita perlu mengira keseluruhan kos, kemudian dibahagi 4. Mudah saja. Kos iftar tersebut hanya melibatkan 2 kos saja.

1. kos sewa dewan
2. kos makan minum

Selepas kedua-dua kos ini dicampur, barulah boleh dibahagikan 4. MYPSA telah membawa kos makan minum. Walaupun aku tau ada isu antara MYPSA dengan kontraktor makanan mereka iaitu juak-juak Dr. Kamarul. Pada mulanya mereka kata harga lain, bila hari mengambil makanan yang ditempah, mereka minta harga lain yang lebih mahal. Tapi itu masalah komiti MYPSA lah untuk melayan juak-juak tersebut. Dan semua orang akan faham bila ditenderkan kepada dapur-dapur rumah, maka tiadalah resit rasmi.

Tetapi, ISMA yang mengambil tanggungjawab menempah dewan tidak mahu memberi resit. Mereka hanya menyebut $320 sahaja. Disebabkan ISMA gagal membawa resit. Maka pembahagian tidak berlaku secara muktamad. Pembahagian masih tidak muktamad sehingga hari ini, kerana ISMA telah menggunakan dewan tersebut pada sesi siang untuk program rahsia mereka. Ya, program rahsia. Mereka yang tiada tatoo ISMA tidak dijemput dan diajak. Ia telah menimbulkan syak bahawa jumlah $320 mungkin bukan untuk majlis iftar tersebut sahaja, tetapi dengan program rahsia ISMA pada sesi siang. Maknanya, ISMA telah "hijack" dewan tersebut untuk kegunaan mereka secara percuma. Sebab itu aku menganggap hal ini sebagai PENGKHIANATAN dan KEZALIMAN. Untuk pengetahuan, majlis itu berlangsung hanya dari jam 4.30pm hingga 9.00pm menurut tentatif program.

“Dan janganlah kamu jadikan perjanjian yang kamu sertai di antara kamu (sebagai bahan mainan). Akan tergelincir kaki setelah berdiri teguh. Dan akan kamu dilemparkan dengan kehinaan kerana kamu menjadi penghalang kepada jalan Allah (dengan perangai buruk kamu) dan di akhirat akan kamu menerima azab yang dahsyat.” (An-Nahl 94)

Punca sebenar masalah

Aku perpandangan punca sebenar masalah adalah ketidakjujuran ISMA terhadap rakan kongsi. Bila tiada resit, maka tercabutlah kepercayaan. Ditambah dengan program rahsia yang berjalan di dewan tersebut pada sesi siangnya. Kalau ISMA tak menipu, masalah takkan berlaku.

Kemudian, tiada post-mortem sejurus selesai majlis tersebut. Presiden MYPSA hanya mengambil jalan "meeting 1 per 1". Beliau jumpa ISMA secara berasingan, beliau jumpa UCSA secara berasingan dan berjumpa KIA secara berasingan. Maka, tiada ruang perbincangan yang sihat berlaku seperti yang berlaku di rumah aku. Keputusan yang dibuat adalah keputusan MYPSA, bukan keputusan bersama. Persetujuan yang Presiden MYPSA katakan adalah persetujuan mungkar!

(pertanyaan presiden KIA tidak dijawab)


Selepas AGM KIA, mantan presiden KIA telah memanggil kesemua rakan kongsi untuk melakukan post-mortem bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kesemuanya wakil hadir kecuali wakil ISMA. Surat jemputan dibalas oleh Hisham Sharif dengan kenyataan penglibatan beliau hanya sekadar 2-3% sahaja. Kami berpendapat Hisham Sharif ialah orang yang paling bertanggungjawab bagi pihak ISMA kerana :

1. beliau yang mencuri masuk meeting MYPSA-UCSA-KIA sebagai wakil ISMA secara tiba-tiba.
2. beliau ialah timbalan Ketua ISMA SA ketika itu dan kini. Dr. Nizam sudah balik, siapa lagi yang patut dipertanggungjawabkan?
3. beliau juga setiausaha MYPSA, mana mungkin individu yang menjadi "double agent" hanya tahu sekitar 2-3% sahaja.
4. membuatkan "deal" bagi pihak ISMA sudah 90% menurut kami.

(jawapan double-agent ISMA &  MYPSA. Hisham Sharif merupakan timbalan ketua ISMA ketika itu dan setiausaha MYPSA)

Tapi itulah jawapan Hisham Sharif. Sebab itu Hisham Sharif dan ISMA yang sampai hari ini tidak mahu faham kerana mereka mengambil sikap melarikan diri. Aku juga dapati komiti MYPSA juga tidak memahami dengan baik. Kefahaman mereka hanyalah daripada penjelasan tuan presiden saja, kalau tuan presiden menipu, komiti pun tertipulah. Selain itu, sifat terlalu baik dan taknak bising-bising presiden MYPSA telah membenarkan ISMA mengambil kesempatan. Bila ditanya beliau mana resit, jawapan beliau mudah saja, "ISMA taknak kasi."

Masalah lain aku perasan adalah presiden MYPSA berkawan baik dengan Dr. Nizam, ketua ISMA ketika itu. Di dalam komiti MYPSA juga mempunyai pengikut-pengikut ISMA. Ia telah mewujudkan "conflict of interest" yang menghasilkan sikap lunak terhadap ISMA walaupun sudah jelas lagi nyata pengkhianatan ISMA terhadap MYPSA dan rakan-rakan kongsi yang lain. Dalam hal berdepan dengan perangai ISMA, Dr. Kamarul jauh lebih baik walaupun sedikit "ghuluw". Presiden MYPSA juga takut untuk menuntut resit daripada ISMA. ISMA tak bagi resit, presiden MYPSA pun angguk saja. Walhal presiden MYPSA seorang akauntan, mengapa hal yang melibatkan integriti seperti ini didiamkan sahaja? Bagaimana audit yang mereka buat tanpa resit?

"Persoalan, mengapa ISMA takut hendak memberikan resit sewa dewan? Takut untuk datang post-mortem? Kalau tak salah, kenapa perlu sembunyikan resit?" 

bersambung..