Saturday, October 8, 2011

Lu CC sama orang lain, gua reply sini..

Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan, politik, dan orang politik..

Dalam dunia ni bukan semua orang berani. Maksud aku, berani bercakap depan. Ramai yang aku jumpa berani cakap belakang. Kadang-kadang kita perlu orang yang berani cakap depan. Orang berani cakap depan sebenarnya mewakili suara-suara yang bercakap di belakang. Ia suatu fakta.

Tulisan aku tentang Ahmad Sayuti bin Bashiron yang ditulis tempoh hari di sini mendapat sambutan hangat dari pembaca rupanya. Alhamdulillah.. Semoga mereka yang membaca dapat mengambil cadangan-cadangan aku pada bahagian kesimpulan yang dibuat. Tulisan itu juga telah mendapat respon dari Sayuti sendiri. Aku fikirkan dia sudah bertaubat, rupanya dia masih mahu berperang dengan aku. Ok, fine.. Orang politik adalah maksum. Mana pernah salah, semua kritikan pada dia adalah fitnah saja. hahaha..

Sayuti masih lagi mengamalkan tabiat yang sama. Dia email aku, CC kepada orang lain. Aku tidak tahu sama ada orang-orang yang diCC oleh Sayuti juga mahu berperang dengan aku, menyokong Sayuti, atau Sayuti yang meminta sokongan. Haih.. Takkan tak puas berkempen bro? hehehe..

Tiba-tiba aku pun terfikir, kalau dia suka CC.. Mungkin aku juga boleh CC kepada MSD, MKN, KPTM, dan VC UiTM. Aku baru teringat, aku juga punya beberapa nombor telefon (private no) beberapa orang menteri. Mungkin aku juga boleh CC kepada mereka barangkali. Hehehe.. Tapi perlu ke? Well, aku bukan spisis Sayuti. Bagi aku, kebenaran adalah penyokong aku.

Sebenarnya Sayuti patut bersyukur kerana zaman dia tidak kena dengan zaman aku. Kalau dia pernah 1 sekolah atau 1 kampung dengan aku. Dah lama dia makan kaki aku. Sila bersyukur banyak-banyak ok. hehehe.

1) Dia memulakan email itu dengan ayat-ayat Quran tentang fitnah, prasangka and so on. Ada cakap pasal hadis juga.

Well, dia nak cakap aku buat fitnah la tu. Aku jawab, hang (Sayuti) ambil balik ayat-ayat tu then baca untuk diri sendiri. Aku tak ambil ilmu agama dari ahli bidaah macam hang! Oh ya, sila rujuk tafsir muktabar yer, bukan Fi Zilal ok.. :)

2) Sayuti menyatakan aku menimbulkan fitnah, persepsi buruk & salah, rekaan dan sangkaan.

Aku jawab, celah mana fitnah? Cuba kasi detail. Gila maksum hang semua aku tulis salah. Huahuahua. Aku menulis semua dengan fakta. Tujuannya juga telah dinyatakan. Hoi, celah mana yang salah lagi? Weh, yang pasti aku nyatakan pasti, yang syak aku nyatakan syak. Aku ada tulis. Janganlah jadi macam Metro bro. Janganlah expect semua orang slow macam orang bawahan ko dalam PAS dulu! Oh ya, hari tu aku sembang-sembang dengan seorang kawan pasal kes Unimap. Rupanya, beliau juga sedar isteri Sayuti yang menangkap gambar ketika kami bersolat. So, keyakinan aku terhadap penglibatan Sayuti telah meningkat ke tahap 95%.
Mungkin aku patut berkongsi fatwa Abuya kepada Sayuti.



Takpa, aku bukan berpegang kepada fatwa Abuya kepada Sayuti. Tetapi aku berpegang kepada perkataan Imam Nawawi rah. Mungkin Abuya kepada Sayuti mengqiyas daripada perkataan Imam. Ia boleh dirujuk di sini.

3) Dia listkan semua fitnah-fitnah menurutnya. Kira semualah fitnah kalau ikut dia.

Aku jawab, hai Sayuti.. Macamlah aku tak pernah dengar ko mengata orang kat belakang. Takpayahlah nak berlakon baik ok. Kasi detail la. Takkan semua fitnah? Kes ko sibuk pasal aku tu fitnah jugak ke? Gila ghuluw weh! Sekali lagi aku ulangi, segala yang aku tulis pada tulisan tersebut adalah fakta.

Oh ya, mungkin aku perlu update sesuatu. Maksud aku Sayuti orang kuat PAS adalah, dia adalah ketua pemuda PAS Shah Alam sebelum dia datang ke Adelaide. Mungkin kalian boleh mengggoogle nama dia. Sangat terkenal. Banyak surat khabar dah masuk.



Boleh juga merujuk di blog Ustaz Wan Ji Al-Bakistani di sini.

Untuk kes mufti Perak pula,


4) Sayuti kata, dia, keluarga dan sahabat-sahabat yang terlibat tidak redha dengan tulisan aku.

Firstly, aku tak perlukan redha manusia. Terutama redha hang! Pasal keluarga hang, ikut depalah nak redha ke tak. Takda kena mengena dengan aku. Yang pasal sahabat-sahabat yang berkenaan. Aku confuse sket.

a) adakah mereka yang menyatakan atau Sayuti yang menjual mereka?
b) siapakah sahabat-sahabat berkenaan itu?
c) boleh percayakah Sayuti yang suka melelong nama orang?
d) kenapa pula mereka tidak mahu redha? (ada aku kisah)

5) Sayuti minta aku hapuskan sebab taknak aku berdosa dan dosa aku berjariah.

a) Walawei, PA Allah dah tau aku berdosa. Hehe.
b) Allah lantik hang jadi malaikat untuk kira dosa aku ke?
c) Hang suh aku hapuskan sebab hang sayang aku ke sebab nak jaga politik hang?
d) Aku TAKKAN delete karya aku ini.
e) Kalau aku berdosa pun, awat hang nak sibuk? Lagipun aku tak rasa aku salah menulis berdasarkan pandangan yang aku pegang. Tak salah, adakah berdosa?

6) Sayuti melepaskan kepada Allah.

Sheikh, kalau dah lepas kepada Allah, tak payah la bunyi lagi. Ape hal hang CC kat orang lain? Memang berlepas kepada Allah versi PAS betul!

7) Dia cabar aku buktikan fakta-fakta aku dan ajak aku pergi rumah dia.

a) Apa perlu aku nak buktikan? Aku sudah tulis dengan jelas. Tulisan aku juga bukti. Tanya hang memangla tak mengaku, konfem penuh dengan takwilan. Biar orang lain yang buat research. Kebenaran akan dijumpai.
b) Sepatutnya hang buktikan kenyataan aku tu salah.
c) Hang boleh saman aku, then time tu, aku terpaksalah petik nama orang untuk jadi saksi. Lari pada saksi kan dosa besar.
d) Hang saja nak pancing aku "cite" nama orang lain. Then hang boleh cakap aku petik nama depa kan? hahaha. Old trick la.. Hang macam taktau plak, bukan ramai yang berani dan muka tak malu macam hang.
e) Hang nak jumpa aku then hang suh aku pi umah hang. Apa bodoh hang ni? Lagipun, nak jumpa pun nak bincang pasal apa? Aku takkan remove post aku ni. Kalau hang nak jumpa aku untuk angkat sumpah laknat, aku terima atau listkan apa benda nak dibincangkan tanpa CC. Hang CC, aku reply sini. Then kita boleh bincang. Aku taknak buang masa, melayan orang politik macam hang.

Sekian, terima kasih.

Jauhi bidaah, hidupkan sunnah!

Abu Olen Al-Turkistani