Tuesday, March 29, 2011

Siapa label aku "tabligh" dia bangang..

Nampaknya aku kena buat pengumuman dekat sini, karang ada orang tak faham buat status dekat facebook kata aku label dia bangang. Aku akan cuba memahamkan korang.

A = Aku
B = Label "tabligh"
C = Dia bangang.

Oleh itu, C = AB. Faham? Jika kau label aku "tabligh" kau bangang! Kalau kau nak label juga, biarkan kau label..

Mula2 aku nak diskusi pasal "tabligh" ni. Apsal aku letak "___" pada perkataan "tabligh"?

1) kerana nama itu bukannya datang dari mereka yang membuat usaha ini.
2) Maulana Ilyas rah. (amir pertama "JT") juga marah dan tidak setuju dengan nama ini kerana nabi saw sendiri tidak pernah menamakan usaha dakwahnya sebagai tabligh.
3) gerakan ini tidak pernah berdaftar, tidak ada logo, tidak ada lagu rasmi, laman web rasmi dan apa2 yang boleh dikaitkan sebagai sebuah pertubuhan atau jemaah secara rasmi.

Kesimpulannya, mereka semua menafikan mereka ahli "Jemaah Tabligh" kerana jemaah itu tidak pernah wujud. Aku ringkaskan "Jemaah Tabligh" sebagai "JT". Untuk pengetahuan korang, di Terengganu, orang tak panggil "JT", tapi orang panggil "orang dakwah". Di USA, ia dipanggil "Six Point Jamaat" dan sesama mereka, ia dipanggil "usaha atas iman.." Aku pula menamakan gerakan ini sebagai "dakwah ikut sunnah".

Disebabkan diorang pun tak bagi nama, siapalah kita nak menamakannya? Tapi takpa, nama tabligh itu baik, salah 1 sifat nabi. Maulana Ilyas ada menyebut, jika gerakan ini hendak diberi nama, ia akan dinamakan "usaha atas iman dan ajak manusia kepada islam dan buat usaha atas iman sehigga bayi terakhir sebelum kiamat dapat diselamatkan." Panjang kan?

Orang akan tanya, kalau kau bukan "tabligh" apsal kau ikut depa khuruj (keluar), bawak orang ziarah, dan lain2.

1) sebab khuruj itu sunnah.
2) ziarah itu sunnah.
3) gerakan dakwah mereka menepati sunnah.

Khuruj itu sunnah
Semasa fasa Mekah, selepas dakwah secara sembunyi2 dimansuhkan, dakwah nabi adalah secara terang-terangan. Selain daripada nabi berdakwah pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, lorong ke lorong, baginda juga pernah keluar dari Mekah. Baginda pernah pergi ke Taif. Ada lagi tempat lain, tapi Taif adalah tempat paling mahsyur. Nabi khuruj ke Taif.

Semasa fasa Madinah pula, sahabat2 dihantar ke sana dan sini. Rom dan Parsi juga tidak terlepas. Para sahabat juga khuruj dihantar nabi. Selepas ketiadaan nabi, khulafa ar-rasyidin juga meneruskan penghantaran sahabat2 dan tabiin2 ke serata dunia. Dicatatkan ketika haji wada' sehabat2 yang berkumpul di Arafah dalah seramai 140,000. Tetapi kubur2 mereka yang berada di Hijjaz (Mekah dan Madinah) tidak lebih dari 10,000 orang. Di manakah sahabat2 yang lain? Meraka juga khuruj di jalan Allah.

Jika khuruj ini bukanlah sunnah, nescaya para sahabat yang Allah telah redha kepada mereka tidak akan keluar dari 2 tanah suci ini. Beribadat di Masjidil Haram, 1 Solat 100,00 pahala, di Masjid Nabawi 50,000 pahala. Tetapi sebab kefahaman tentang dakwah yang diajarkan nabi kepada mereka, mereka khuruj tidak pulang2. Asbab usaha mereka, kita dapat sinaran hidayah. "JT" usul keluar 3 hari, 40 hari, dan 4 bulan je. Apalah sangat nak dibandingkan dengan para sahabat yang keluar tidak balik2 terus.

Ziarah dan dakwah pintu ke pintu itu sunnah.
Ketika aku belajar Sahih Bukhari , 1 hadis yang membuatkan aku benar2 yakin dakwah dengan pergi ke rumah adalah sunnah yang dibuat oleh nabi.

Ummul Mu’minin Aisyah ra. berkata : “Sejak saya mengerti dan faham keadaan sekeliling, saya dapati keluarga saya telah menganut agama Islam, dan tiada sehari pun yang berlalu tanpa Nabi s.a.w. datang ke rumah kami pada waktu pagi dan petang”. (HR Bukhari)

Lihat pada hadis tersebut, nabi masih ke rumah Abu Bakar, walaupun sudah Islam. Ada masalah menziarah dan berdakwah sesama muslim? Ganjarannya cukup besar!

Sahl bin Saad As-Sa'idi ra. : Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang yang digunakan oleh seorang hamba untuk berjuang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.(HR Muslim)

Kedatangan jemaah dari jauh dan dekat adalah 1 rahmat. Meraka datang semata2 kerana Allah, mahu mengajak manusia kepada Allah. Mereka juga musafir. Jadi mereka sebagai muhajirin, kita sebagai ansar, wajarlah untuk kita membantu mereka. Membantu mereka merupakan tanggungjawab kita dan hak mereka untuk dibantu. Mereka hanya mohon untuk dibawa berjumpa saudara2 seIslam mereka. Aku hanya menunaikan hak mereka. Lagipun, mempersaudarakan antara kita bukankah 1 amalan yang mulia?

Gerakan dakwah mereka menepati sunnah.
Tunjukkan aku, gerakan Islam mana yang benar2 menepati sunnah dalam berdakwah? Gerakan mana yang tidak dibatasi dengan sempadan bahasa, bangsa, mazhab, status dan warna kulit? Gerakan mana yang bergerak di seluruh pelusuk dunia dengan tertib yang sama dan di bawah 1 amir? Jika ada, sila beritahu aku. Jika ada, mengapa aku tidak diajak?

Aku cerita kisah aku, bagaimana aku rasa ditampar oleh seorang pembayan dari Jepun. Ketika itu aku masih lagi kuat dgn usrah dan PAS. Tapi ketaksuban sudah mula luntur. Aku pergi ke malam markaz untuk mendengar bayan. Bayan dalam bahasa Jepun, tapi diterjemahkan oleh penterjemah. Lihat kehebatan dakwah, bahasa bukan masalah. Kata2 yang menyebabkan aku rasa tertampar adalah:

" Tuan2 di Malaysia import kereta,peti sejuk, penghawa dingin dan macam2 lagi dari Jepun, tetapi tuan2 di Malaysia tidak pernah export 1 benda yang lebih berharga dari dunia dan seisinya, iaitu Lailaha illahlah. Bagaimana dengan bapa2 kami? Mereka mati tanpa iman.."

Pang! Aku rasa macam kena penampar samurai. Aku mula berfikir dan mencari kebenaran. Bermula dari bayan Si Jepun, aku mula mencari kebenaran tentang gerakan dakwah ikut sunnah ini. Aku mula berfikir adakah dakwah cara usrah itu menepati sunnah? Membuang ahli yang dirasakan tiada pontensi, hanya memilih orang2 intelektual saja, dan perjuangan hanya untuk 1 bangsa dan 1 negara. Takpelah, hal ini aku boleh hujah dengan lebih panjang lebar. Kesimpulannya, setakat ini gerakan dakwah yang paling tepat mengikut sunnah adalah "JT". Jika ada yang lain, kenapa tak ajak aku? Bentangkan kepada aku kebenarannya jika ia benar dan ajaklah aku.

Aku rasa aku sudah menjawab kenapa aku buat, menyokong dan membela "JT". Juga sedikit sebanyak tentang nama "JT" telah diterangkan. Aku boleh terangkan dengan lebih banyak jika orang bertanya. Bercakap lebih pantas dari menulis. Jika ada apa2 masalah, nak tahu, datanglah bertanya kepada mereka yang benar2 tahu. Janganlah bertanya kepada abang2 usrah yang pernah keluar 1.5 hari untuk membuat kesimpulan, atau mendengar cerita2 orang yang kebanyakannya adalah dusta. Aku dulu pun begitu, bodoh, sombong dan taksub sehingga tidak nampak kebenaran.

Aku ulang kembali siapa label aku "tabligh" dia bangang! haha.