Sunday, December 5, 2010

Salam Satu Muharram

Hari ini hampir masuk 1 Muharram mengikut kalendar Hijrah Islam. Bermakna sudah masuk 1432 tahun hijrah Nabi s.a.w tinggalkan kita. Setiap kali masuk tahun baru ini, negara Islam Malaysia memberi cuti kepada penduduknya. Ceramah2,program2, dan acara2 mengenai hijrah nabi s.a.w akan berkumandang, dijalankan, dan diraikan. Oh, tokoh maal hijrah juga akan diumumkan. Itu di negara Islam Malaysia yang masih cacat dan tempang Islamnya seperti juga negara2 Islam lain. Masih adakah negara Islam yang sempurna? Apakah definisi negara Islam yang sebenarnya?

Ketika zaman muda remaja ku, 1 Muharram disambut dengan meriah. Ada perarakan, ada nasyid, ada kuliah2 istimewa yang dibayar mahal dan yang paling penting kenduri! Pada waktu itu, aku hanya faham makna hijrah sebagai cerita di dalam buku cerita 1001 malam. Ada katak/biawak yang menjilat bekas tapak kaki nabi s.a.w, burung merpati membuat sarang dan bertelur, labah2 yang membuat sarang, cicak yang menggangu dan kisah Ali r.hu yang berani menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w.

Ia seperti kisah dongeng rakyat. Tapi waktu itu, aku tidak mampu menapis kisah2 dongeng yang dimuntahkan oleh orang ramai. Termasuklah dari golongan yang berijazah dari negara padang pasir. Aku menelan apa yang dimuntahkan, menjadi si bodo keldai yang mengikut saja lobak yang ditayangkan di depan mata. Tapi takpalah, aku masih muda remaja.

Kisah labah2 dalam hijrah nabi s.a.w adalah 1 kisah yang besar bagi orang Malaysia. Apa tidaknya sehingga logo hijrah berdasarkan sarang labah2. Haha. Teringat aku pada seorang pensyarah aku di Penang dulu. Dia juga seorang pengkritik, pengkritik filem. Dia tak suka mengajar, dia suka bersembang dan meluahkan pandangan dan kritikan dia pada setiap benda yang dia lalui, nampak, alami dan hadapi. Dia seorang yang berpengalaman dalam hidup.

Dia cakap, " Orang Melayu kalau nak buat filem "superhero", mesti makan atau minum benda2 kotor.." Merujuk kepada filem CicakMan.

"Siapa superhero orang Melayu dulu?"

"Badang, KeluangMan, Sang Wira, Chempiang..." jawab seorang demi seorang student2.

"Ha Badang! Badang je yang keluar "movie", yang lain tak kira lagi. hehehe." dia terangkan.

"Hangpa tengok, Badang nak dapat "power" macam mana? Makan muntah kan? Tak pengotor ka?"

"Lani CicakMan pulak. Minum cicak. 2x5 saja. Pengotor!"

"Hangpa tengok Hollywood buat "movie" "superhero" mana ada kotor camni.."

"Depa buat SpiderMan, kita buat CicakMan. Depa sayang labah2, kita sayang cicak. Padahal labah2 yang tolong nabi, cicak kacau nabi.."

Betapa hebatnya penangan labah2 hijrah ini sehingga ia dimasukkan dalam kritikan terhadap filem CicakMan oleh salah seorang pensyarah aku. Apa pun suka aku tegaskan di sini, kisah labah2,burung merpati, cicak, biawak/katak adalah hanya cerita dongeng saja. Ia langsung tidak sabit dengan hadis dari nabi. Cerita2 tersebut bertaraf palsu!

Manakala kisah Ali r.hu mengganti tempat tidur nabi s.a.w adalah riwayat Ibnu Ishak (ahli sejarah) dari orang2 syiah untuk memperlihatkan kehebatan Ali r.hu.

Disebabkan aku tidak percaya kepada ahli sejarah, dan riwayat syiah, yang paling penting aku seorang yang pro-Bukhari. Aku akan menulis kisah Hijrah menurut Imam No1 hadis, Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari rah.

1. Hijrah ke Madinah berlaku dari rumah Abu Bakar ra. pada waktu tengahari bukannya pada waktu malam. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. mendapat perintah supaya berhijrah, Baginda s.a.w. terus ke rumah Abu Bakar pada waktu tengahari, iaitu suatu waktu yang tidak biasa Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah Abu Bakar.

2.
Di dalam riwayat Bukhari ini, tidak pun disebutkan Ali ra. diminta supaya tidur di atas tempat tidur Nabi saw dan tidak juga disebutkan Nabi saw keluar dari rumahnya dalam keadaan rumahnya dikepung oleh musuh- musuh baginda saw sambil baginda saw menaburkan tanah atau pasir di atas kepala musuh-musuh yang mengepung rumah itu.

3.
A’ishah ra. bersama Asma’ ra. menyiapkan bekal untuk perjalanan Rasulullah saw dengan cepat-cepat kerana permulaan hijrah berlaku pada masa itu juga.

4.
Boleh dikatakan semua anggota keluarga Abu Bakar memainkan peranan dalam menjayakan langkah-langkah hijrah yang berlaku pada saat yang sangat genting itu. Abdullah Bin Abu Bakar selama 3 malam berturut- turut menemani Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar di Gua Thur. Pada waktu siang pula beliau bersama dengan masyarakat mengintip sesuatu yang mungkin mengancam mereka berdua. Amir Bin Fuhairah hamba bebasan Abu Bakar menghalau kambingnya ke kawasan sekitar bukit itu dengan maksud menyediakan susu untuk Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar pada waktu malamnya. Semuanya berlaku dalam keadaan yang tidak disangka atau diragui oleh sesiapapun.

5. Menurut Bukhari juga, tiada syaitan yang datang menyamar sebagai orang tua kaum Najd yang menghadiri mesyuarat musyrikin Mekah. Jika ia benar, siapa pula di kalangan ahli mesyuarat yang menyampaikan cerita ini?

Siapa anda mahu percaya? Imam Bukhari si raja hadis atau Ibnu Ishak si ahli sejarah syiah? Tepuk dada tanya iman.

p/s : Aku sengaja tidak meletakkan citation tentang fakta2 yang aku keluarkan. Sebab aku tulis untuk aku. Aku tahu ia benar dan ia hak.

Mengkritik itu tiada salahnya

Ketika aku belajar hadis 40 Imam Nawawi di rumah guru aku yang amat aku hormati. Guruku menerangkan beberapa usul dalam dunia hadis. Antara yang menarik perhatian aku pada waktu itu adalah ilmu Jahr Wa Ta'dil (kritik dan adili/puji). Guruku ini major dalam hadis dari Al-Azhar. Beliau adalah guru yang membawa aku ke dunia tasawwuf waktu dulu. Sehingga kini, aku masih lagi menghubungi beliau.

Dalam dunia hadis, selepas memastikan matan (teks) sesuatu hadis itu sahih, ulamak hadis akan melihat setiap perawi sesuatu hadis. Pada waktu itu, ilmu Jahr Wa Ta'dil akan diaplikasikan. Sebagai contoh, sesuatu hadis yang walaupun dari sudut matannya amat baik tetapi bila perawinya dinilai melalui Jahr Wa Ta'dil perawi ialah dhaif. Maka hadis itu jatuh ke taraf dhaif. Macam tula lebih kurang.

Pada waktu itu, ilmu kesufian aku terlalu tinggi. Aku rasa tidak puas hati. Kerana antara terma2 yang digunakan oleh ulamak2 Jahr Wa Ta'dil adalah "perawi seorang yang dhaif", "perawi lemah ingatan", "perawi itu pendusta", "perawi ahli maksiat" dan "perawi tidak boleh dipercayai". Nama2 mereka tercatat dan tertulis di dalam kitab2, dibaca hingga hari ini.

Aku bertanya kepada guruku," Tidakkah tindakan mereka itu mengaibkan mereka yang dikritik? Bukankah itu suatu tindakan yang menyalahi sunnah?"

Guruku menjawab,"Mengkritik itu dibenarkan dalam Islam, ia sebahagian dari Islam seperti mengadu kepada qadi. Yang haram hanyalah mengumpat."

Beliau tau aku takkan puas hati dengan jawapan kosong semata-mata. Beliau membawa beberapa contoh dari antara sahabat r.hum.

1. Aisyah ra. mengkritik Huzaifah r.hu yang menyatakan nabi pernah kencing berdiri dengan mengarahkan jangan kamu percaya. Dalam maksud lain, penipu, pendusta, tidak boleh dipercayai.

2. Ummu Salamah ra. mengkritik Ibnu Umar r.hu dengan kata2 sindiran ketika masalah melepaskan rambut dalam mandi janabah bagi wanita. Beliau menyuruh wanita mencukur saja kepala sehingga gondol jika mahu mengikut fatwa Ibnu Umar ra.

3. Aisyah ra. mengkritik pemerintahan Ali ra. sehingga memimpin tentera dari Mekah ke Madinah ketika perang Jamal. Kritikan ini disertai oleh beberapa sahabat r.hum.

4. Muawiyah ra. mengkritik pemerintahan Ali ra. sehinnga tercetus peperangan Siffin.

Pada kurun salaf pula, kritikan2 terus berlaku antara ulamak dengan ulamak dan ulamak dengan pemerintah.

1. Imam Malik rah. mengkritik Ibnu Ishak sehingga beliau menghalau beliau dari Madinah dan menggelar beliau sebagai dajjal.

2. Imam Auza'i rah. mengkritik Imam Abu Hanifah rah. Imam Shafii mengkritik kebanyakan para Imam sebelumnya. Imam2 sesudah itu meneruskan tradisi kritik mengkritik.

Secara umumnya kritik-mengkritik adalah lazim dalam dunia Islam. Mengkritik dibenarkan dalam Islam kerana mengkritik itu ada matlamatnya, ada tujuan yang baik, dan ada manfaat yang sangat baik dari kritikan itu. Manakala, mengumpat hanyalah untuk mengaibkan orang, tanpa tujuan/matlamat, dan tidak memberi solusi. Ia seperti kaedah mengelak mudarat yang lebih besar dari mudarat kecil.

Begitu juga dalam dunia politik. Ulamak2 PAS juga menyatakan tindakan mereka bukan mengaibkan orang atau mengumpat tetapi menegur dan mengkritik. Aku tidak mahu bersuara soal politik di sini. Nanti aku akan bicara soal politik. Dari sudut orang bukan ahli politik.

Oleh itu, jika aku mengkritik janganlah marah, janganlah mengamuk, jangan diam2 tin karat dan janganlah merajuk dengan aku. Aku akan terus mengkritik sehingga benda yang aku kritik itu berubah atau aku tiada lagi. Jika kau rasa kritikan aku salah, kemukan hujah kau. Demi Allah, aku akan tunduk dengan hujah yang menepati sunnah. Biasanya bila aku mengkritik, aku akan kemukakan solusinya. Sama ada kau mahu terima atau tidak, terpulanglah.

Aku akan mengkritik dalam beberapa perkara yang aku rasa aku mahir.
1. berkaitan dengan agama. Aku minat pada kesarjanaan dan keilmuan Islam.
2. berkaitan engineering esp mekanikal. Aku orang mekanikal.
3. berkaitan "martial arts". Aku memang gila benda ni.
4. berkaitan seni suara. Aku "lead" nasyid sekolah aku dulu.

p/s : Kepada mereka yang memegang fatwa harammnya mengkritik. Janganlah kritik balik aku. Sebab berdosa untuk kau!

Tuesday, November 30, 2010

Kenapa nama aku aL-turkistani???

Sebenarnya ada cerita di sebalik nama samaran atau nama pena yang aku pakai. Lebih-lebih lagi, di kalangan bangsa Melayu di sini akulah "Melayu" yang paling mengenali bangsa yang hebat ini. Aku juga orang "Melayu" pertama yang mengenali bangsa hebat ini di kalangan mereka yang se-batch dan ada yang lebih senior. Ada bantahan?

Aku pernah bekerja dengan bangsa hebat ini. Aku juga pernah bermuamalat dengan bangsa hebat ini. Aku pernah bermusafir bersama bangsa hebat ini. Aku telah banyak kali menghadiri dan dijemput ke majlis-majlis mereka. Aku pernah tidur di rumah mereka. Pernah ditawarkan untuk mengahwini anak perempuan mereka. Aku juga pernah membantu mereka dalam majlis-majlis mereka. Ada bantahan lagi?

Cerita aku bermula pada hari Jumaat pertama aku di sini. Aku terlihat bangsa hebat itu. Agak pelik rupa mereka. Macam Cina, macam Rusia, macam Pakistan, macam Uzbek dan yang macam Melayu pun ada. Aku bertanya kepada yang lebih senior. Bangsa apa tu? Tak perlulah aku kasi tau siapa orang-orang yang aku tanya tu. Ada yang jawab orang Cina, ada yang jawab Tibet, Monggol, Tatar, Uzbek dan tak tau.

Uikz, ada individu yang aku tanya sudah lebih 4 tahun di sini, juga tidak mengetahui. Apa jadah kau duduk sini lama-lama kalau tak kenal orang local di sini? Racist! Asabiyah!

Sekarang ni siapa yang tak tau kedai Uyghur? Siapa yang kenalkan kedai Uyghur dekat Melayu?

Haha. Sebab tula aku jadikan nama bangsa hebat ini sebagai nama samaran aku. Sebab aku tau banyak pasal mereka.

"Wahai manusia Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berpuak-puak supaya kamu berkenalan. Sesungguhnya kemuliaan kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa." (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)

Friday, March 12, 2010

Jika..Biarlah..

Jika aku mencintai Rasulullah dan keluarganya dipanggil syiah,
Biarlah aku dipanggil Syiah.

Jika aku mengecam bid'ah dan syirik aku digelar wahabi,
Biarlah aku digelar wahabi.

Jika aku meminta kepastian pada sesuatu hukum syarak aku dilabel salafi,
Biarlah aku dilabel Salafi.

Jika aku berdakwah pintu ke pintu, individu ke individu seperti dakwah nabi aku dicop tabligh,
Biarlah aku dicop tabligh.

Jika aku berjanggut panjang aku dipanggil taliban,
Biarlah aku dipanggil taliban.

Jika aku kuat berzikir aku digelar Sufi,
Biarlah aku digelar Sufi.

Jika aku mengkritik pandangan-pandangan lama yang tidak tepat aku dilabel kaum muda..
Biarlah aku digelar kaum muda..

Jika aku neutral dalam politik aku dicop hipokrit..
Biarlah aku dicop hipokrit..

Jika..

Biarlah..